Friday, December 16, 2011

17 December 2011

Minggu ni dah masuk minggu ke 5 dah kuliah bermula untuk sem6. Alhamdulillah. Oh ye, aku dan rakan2 berjaya mendapat tempat di kolej! Oh….seronoknye! tapi kami duduk tingkat 3 sutera!
Uh… tapi actually seronok jek sebab semua kawan2 kita duduk aras yang sama. Lagipon tak pernah lagi rasa duduk tingkat tinggi2. Dah dapat tu pun dah rezeki, nak memilih pulak…ish! Sem ni aku dapat schedule yg best sebab hari rabu takde class! Hurrreyyy! *dushdush!*
Next week would be mid term holidays but unfortunately my mum and my siblings dah berangkat ke kampung halaman kesayangan…uhuhkk*cedeh*. Means that, nanti cuti aku duk rumah jek lah….cian I kan? tapi I ni macam xsedar diri jugak. Duduk rumah pun bukan boleh enjoy sangat sebab homework banyak maa!... case study far, notes for audit, review format far dari sem 2 until 5!!!grr...

Sekarang musim hujan. Sejuk… best rasa ni sebab asyik rasa nak tidur je, macam beruang kutub..(meroyan sekejap)
24 hb nanti kazen ayah nak kawin. Dia tua 3 tahun je dari aku..uh.. dah nak kahwin. Serius jeles..:-(
And on 25th December ni plak my young brother punye birthday! Umur dia dah masuk 9 tahun.. happy birthday MUHAMMAD IRFAN SYAHMI!.. sekarang aku tengah nak save duit sebab nak beli dia punya hadiah. Adik kesayangan punya pasal xkisah lah ikat perut sikit. (padahal makan je kejenye)..
Emm…apa lagi ye nak tulis.? Oh, hadiah apa ye yang sesuai untuk budak baru nak masuk 9 tahun ni? Dari semalam dah aku fikir… uh..


*maybe aku patut ajak dia gi pantai je kot*-save budget..kikikih:-)

'i really hope my post will never be read by anyone'-peace!


Friday, July 1, 2011

nyanyi jom!

alahai...comelnya...hik3..

Menjemput Bidadari
Album : 
Munsyid : Epicentrum
http://liriknasyid.com

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
 
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
 
Memberikan makna


I'M REALLY LOVE THIS SONG!






Thursday, June 30, 2011

Malam ini malam Jumaat...:)

solace. i love this pic.


hari ini hari Khamis. khamis terakhir untuk bulan 6/2011. Cuaca cerah seperti biasa.pagi tadi orang ada kelas ganti. kelas Bel 313-critical thinking. .
Memalui kelas ni, orang banyak tahu tentang cara nak persuade people, cara people talk, think and all around of that la... Mula2 rase sangat bosan bila masuk kelas Bel ni, sebab fully lecture. takde kira2. Takde tekan punat kalkulator. Well, budak akaun hidup dia mesti kena ada kalkulator. Penting tu!

Sem ni ada paper taxation.Paper taxation memang kena struggle sikit. 
Maybe tahap kepayahan nak mendalami ilmu taxation ni senang sikit je dari ambil medic. Mungkn la. tu anggaran orang je.:D
Apa2 pun memang kena jugak bace buku sedabak yang tanpa colour lain melainkan kertas putih bertinta hitam. Tulisan dia pun orang agak dia guna font 10.5 je....
Kan betul macam kamus medic!

Orang xde modal nak tulis..
Lagipun orang ada banyak assigment nak kena settle
So memang masenye orang kena blah....

so..........
kalau esok orang masih bernafas 
Insya ALLAH orang akan post lagi
orang pergi dulu ye:)

assalamualaikum....
selamat malam.
love world!

Wednesday, June 29, 2011

TIPS MENJADI ORANG YANG DISUKAI


cute nye!


1.      Suka menolong orang lain
Manusia suka kepada manusia yang suka menolong orang. Kajian menunjukan manusia cenderung suka kepada orang yang pernah menolongnya. Orang yang pernah mendapat pertolongan mudah menerima nasihat orang yang telah menolongnya.

2.      Jadi orang yang jujur
Gambarkan sifat2 mulia dalam percakapan. Jangan suka bercakap perkara2 negatif. Pabila bercakap, cakaplah perkara yang baik2 sahaja. Tapi ingat jangan berasandiwara sebab sekali orang tahu kita berpura pura baik, sampai mati orang akan benci kita.

3.      Bagi peluang orang bercakap
Cuba belajar banyakkan mendengar daripada bercakap. Sifat manusia suka mendengar suaranya sendiri.

4.      Jadikan diri kita orang yang pandai menarik minat orang apabila bercakap dengannya.
Sentiasa hargai kata kata pujian. Selalu ucapkan penghargaan. Orang yang mendapat penghargaan daripada kita lebih terbuka pendapat kita. Manusia tidak suka orang yang banyak kritik walaupun niat orang itu adalah baik

5.      Gunakan gaya pasitif dan koperatif
Tidak menggunakan kata kata negative. Gaya koperatif pula bermakna kita tidak tunjuk kepada seseorang yang pandai dengan membuktikan orang lain bodoh. Orang2 bodoh cenderung untuk buktikan dirinya pandai. Orang2 yang bijak akan guna cara lembut untuk buktikan mereaka betul

6.      Jangan tunjukan kita amat berminat dengan diri sendiri
Jangan asyik bercerita pasal diri sendiri dari mula sampai akhir. Manusia berminat dangan dirinya sendiri. Mereka menyangka cerita mereka paling menarik

7.       Gambarkan kita banyak setuju mengenai pendapatnya.
Manusia mudah suka kepada orang yang setuju dengan pendapat mereka. tunjukkan kita menghargai idea2 nyamanusia suka kepada manusia yang menaikan estim diri mereka.teknik bercermin ,berdasarkan teori homofili. Teknik ini mengatakan manusia suka kepada wajahnya sendiri.

8.      Tujukkan kita seorang yang positif
Jangan suka merungut rungut. Jangan mengata orang, cari salah orang, kritik orang.itu bukti otak kita penuh perkara perkara negative. Mengikut kajian ma usia menyukai orang yang ada nilai nilai positif

9.      Ucapkan kata kata yang membuatkan orang itu seronok
Jangan asyik hendak menyeronokkan hati kita sahaja. Tujukkan kita seronok mendengar perbualannya. Caranya ialah tekun mendengar dia bercakap. Apabila dia berlawak, sambutlah dengan ketawa. Jangan menyampuk atau menyambung ayatnya. Jangan pandang ke tempat lain. Dengan begitu, keperluan jiwanya terisi. Manusia suka orang yang mengisi keperluan jiwanya.








*creadit to:Abdullah Hassan & Ainul Muhammad, 2004