Thursday, June 30, 2011

Malam ini malam Jumaat...:)

solace. i love this pic.


hari ini hari Khamis. khamis terakhir untuk bulan 6/2011. Cuaca cerah seperti biasa.pagi tadi orang ada kelas ganti. kelas Bel 313-critical thinking. .
Memalui kelas ni, orang banyak tahu tentang cara nak persuade people, cara people talk, think and all around of that la... Mula2 rase sangat bosan bila masuk kelas Bel ni, sebab fully lecture. takde kira2. Takde tekan punat kalkulator. Well, budak akaun hidup dia mesti kena ada kalkulator. Penting tu!

Sem ni ada paper taxation.Paper taxation memang kena struggle sikit. 
Maybe tahap kepayahan nak mendalami ilmu taxation ni senang sikit je dari ambil medic. Mungkn la. tu anggaran orang je.:D
Apa2 pun memang kena jugak bace buku sedabak yang tanpa colour lain melainkan kertas putih bertinta hitam. Tulisan dia pun orang agak dia guna font 10.5 je....
Kan betul macam kamus medic!

Orang xde modal nak tulis..
Lagipun orang ada banyak assigment nak kena settle
So memang masenye orang kena blah....

so..........
kalau esok orang masih bernafas 
Insya ALLAH orang akan post lagi
orang pergi dulu ye:)

assalamualaikum....
selamat malam.
love world!

Wednesday, June 29, 2011

TIPS MENJADI ORANG YANG DISUKAI


cute nye!


1.      Suka menolong orang lain
Manusia suka kepada manusia yang suka menolong orang. Kajian menunjukan manusia cenderung suka kepada orang yang pernah menolongnya. Orang yang pernah mendapat pertolongan mudah menerima nasihat orang yang telah menolongnya.

2.      Jadi orang yang jujur
Gambarkan sifat2 mulia dalam percakapan. Jangan suka bercakap perkara2 negatif. Pabila bercakap, cakaplah perkara yang baik2 sahaja. Tapi ingat jangan berasandiwara sebab sekali orang tahu kita berpura pura baik, sampai mati orang akan benci kita.

3.      Bagi peluang orang bercakap
Cuba belajar banyakkan mendengar daripada bercakap. Sifat manusia suka mendengar suaranya sendiri.

4.      Jadikan diri kita orang yang pandai menarik minat orang apabila bercakap dengannya.
Sentiasa hargai kata kata pujian. Selalu ucapkan penghargaan. Orang yang mendapat penghargaan daripada kita lebih terbuka pendapat kita. Manusia tidak suka orang yang banyak kritik walaupun niat orang itu adalah baik

5.      Gunakan gaya pasitif dan koperatif
Tidak menggunakan kata kata negative. Gaya koperatif pula bermakna kita tidak tunjuk kepada seseorang yang pandai dengan membuktikan orang lain bodoh. Orang2 bodoh cenderung untuk buktikan dirinya pandai. Orang2 yang bijak akan guna cara lembut untuk buktikan mereaka betul

6.      Jangan tunjukan kita amat berminat dengan diri sendiri
Jangan asyik bercerita pasal diri sendiri dari mula sampai akhir. Manusia berminat dangan dirinya sendiri. Mereka menyangka cerita mereka paling menarik

7.       Gambarkan kita banyak setuju mengenai pendapatnya.
Manusia mudah suka kepada orang yang setuju dengan pendapat mereka. tunjukkan kita menghargai idea2 nyamanusia suka kepada manusia yang menaikan estim diri mereka.teknik bercermin ,berdasarkan teori homofili. Teknik ini mengatakan manusia suka kepada wajahnya sendiri.

8.      Tujukkan kita seorang yang positif
Jangan suka merungut rungut. Jangan mengata orang, cari salah orang, kritik orang.itu bukti otak kita penuh perkara perkara negative. Mengikut kajian ma usia menyukai orang yang ada nilai nilai positif

9.      Ucapkan kata kata yang membuatkan orang itu seronok
Jangan asyik hendak menyeronokkan hati kita sahaja. Tujukkan kita seronok mendengar perbualannya. Caranya ialah tekun mendengar dia bercakap. Apabila dia berlawak, sambutlah dengan ketawa. Jangan menyampuk atau menyambung ayatnya. Jangan pandang ke tempat lain. Dengan begitu, keperluan jiwanya terisi. Manusia suka orang yang mengisi keperluan jiwanya.








*creadit to:Abdullah Hassan & Ainul Muhammad, 2004